Sunday, December 6, 2009

Ikan Tenggiri Masak Taucu

Bahan-bahan:

3 keping ikan tenggiri
3 sudu makan taucu
3 biji cili merah - dihiris
3 biji lada hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 inci halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 mangkuk air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing.

Panaskan minyak, tumis cili merah, cili hijau, bawang besar, halia dan bawang putih.

Masukkan taucu, setelah itu masukkan air asam jawa dan perasa biar sampai mendidih.

Masukkan ikan tenggiri, angkat dan hidangkan.


Sumber: Lepak Bersama Mawar (2003)

Kofta Sayur

Bahan-bahan:

300 gm kentang - di-lecek
30 gm kubis - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili - dihiris
2 batang kacang buncis - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 sudu besar jintan putih - kasar
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
50 gm tepung gandum
1 sudu kecil halia kisar
minyak secukupnya

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili hiris.

Masukkan lobak merah, kacang buncis dan halia kisar. Gaulkan.

Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan kasar.

Masukkan kentang yang telah dilecek. Masukkan garam. Gaul hingga sebati sebelum dialihkan.

Kemudian panaskan minyak. Kepalkan bahan dan celupkan dalam tepung gandum.

Goreng hingga masak.


Sumber: Lepak Bersama Mawar (2003)

Kacang Panjang Goreng Bertelor

Bahan-bahan:

1 ikat kecil kacang panjang - potong 1 cm
1 biji telor
5 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

Kemudian masukkan kacang panjang dan gaul sebentar.

Masukkan telur dan gaul rata.

Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa.


Sumber: Lepak Bersama Mawar (2003)

Saturday, December 5, 2009

Stew Daging

Bahan-bahan:

300 gm daging - hiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
8 biji bawang merah - dihiris nipis
4 biji buah keras - di sangrai dan dikisar
1 cm halia - dititik
1 1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu makan kicap manis
600 ml air
1 sudu makan minyak untuk menumis


Cara Menyediakan:

Tumis bawang putih, bawang merh, buah keras dan halia sehingga naik bau.

Masukkan hirisan daging. Kacau hingga berubah warna.

Masukkan garam, serbuk lada sulah dan kicap manis. Kacau rata.

Tuangkan air dan masak sehingga kuah mendidih.


Hidangan untuk 4 orang.

Sumber: Majalah Sedap

Wednesday, December 2, 2009

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam dipotong kecil digaul dengan serbuk kunyit dan garam
2 asam keping
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
4 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:

6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit halia


Cara Menyediakan:

Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.

Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).

Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.

Hidangkan dengan nasi panas.


Note: Joe thanks for the recipe

Ayam Bali

Bahan-Bahan:

14 potong ayam
1 cawan santan pekat
1 sudu teh kicap manis
1 sudu makan gula jawa

Bahan Tumbuk:

6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 sm halia
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 batang serai
10 batang cili padi
3 batang lada merah
belacan

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan santan. Masak selama 15 minit.

Alihkan ayam ke dalam ketuhar dan masak selama 20 minit.

Masukkan kicap manis, gula jawa dan jus limau. Akhir sekali siramkan kuah ke atas ayam yang sudah masak untuk menghidangnya.


Resepi Sumbangan Joe

Joe thanks for the recipe

Wednesday, June 3, 2009

Ayam Bakar Berempah



Bahan-bahan:

1.3 kg ayam
1 biji lemon - diambil jus
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar serbuk cayenne
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil oregano
20 ml minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam


Cara Menyediakan:

Asingkan tulang belakang daripada ayam.

Alihkan bahagian dada ayam keatas.

Perahkan jus lemon. Lumurkan bawang putih, serbuk cayenne, paprika, oregano, lada hitam dan minyak pada ayam.

Taburkan garam sebelum membakar ayam berikut pada suhu 190 darjah celcius selama 45 minit.

Kari Ikan



Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung - dibersihkan
1 biji tomato - kisar halus
1 bungkus kecil serbuk kari ikan
250 ml air
150 ml minyak masak
6 biji bendi - potong dua
2 biji cili merah - potong dua memanjang
70 ml susu sejat Ideal
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis Maggi

Bahan A:
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
1 sudu besar halba campur (optional)
2 tangkai daun kari


Cara Menyediakan:

Gaul sebati tomato kisar, serbuk kari dan air; ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis Bahan A hingga kekuningan. Masukkan campuran rempah dan goreng hingga wangi.

Masukkan air dan masak hingga mendidih. Kecilkan api, masukkan ikan, bendi dan cili merah.

Kemudian masukkan susu sejat Ideal dan serbuk ikan Maggi. Masak hingga pecah minyak dan ikan masak.

Ikan Bakar




Bahan-bahan:

1 kg ikan cencaru
150 ml minyak masak
70 ml susu sejat Ideal
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis Maggi
Garam dan gula secukup rasa

Bahan A:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
6 biji cili merah
5 biji cili padi
6 sudu besar pes cili kering


Cara Menyediakan:

Ikan disiang dan dibelah belakangnya. Basuh bersama garam dan asam jawa; basuh dan tuskan.

Kisar Bahan A hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan susu sejat Ideal, air asam jawa, pati ikan bilis Maggi, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal pekat kemudian ketepikan dan sejukkan.

Sumbatkan sambal kedalam belakang ikan. Jangan sumbat terlalu penuh dan letakkan diatas pemanggang beralas daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius hingga ikan masak.

Jangan lupa buka pintu ketuhar semasa memanggang.


Hidangan untuk 8 orang.

Thursday, May 28, 2009

Ikan Pari Masak Asam Pedas




Bahan-bahan:

1 kg ikan pari
6 batang serai - dititik
1 ikat daun kesum
2 sudu serbuk kunyit/ boleh gunakan kunyit hidup
1 cawan air asam
Serbuk perasa dan garam

Bahan kisar:
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu makan belacan
20 tangkai cili kering


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan timis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan air asam jawa secukupnya. Masukkan daun kesum, serai, serbuk kunyit, serbuk perasa dan garam.

Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan pari. (Ikan tidak perlu dimasak terlalu lama).

Chocolate Chips Cup Cake




Bahan-bahan:

250 gm mentega
200 gm gula
250 gm tepong beserbuk penaik
5 biji telur
50 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan chocolate paste
Chocolate chips

Cara Menyediakan:

Putar mentega dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang-seli dengan tepung dan susu segar hingga rata dan sebati.

Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla kacau sebentar dan akhir sekali masukkan chocolate paste. Kacau rata.

Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas, setengah saja, dan tabur dengan chocolate chips.

Bakar dengan ketuhar 180 darjah celcius.

Tuesday, May 26, 2009

Kek Cawan





Bahan-bahan:

250 gm mentega
1 cawan gula
250 gm tepong gandum
4 biji telor
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate of soda
2 sudu kecil esen vanilla
4 sudu meja (tbsp) susu segar


Cara Menyediakan:

Putar mentega dengan gula hingga berkrim dan kembang.(creamy and fluffy).

Masukkan telor sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan 2 sudu kecil esen vanilla, putar sebentar dan masukkan susu segar.

Ayak tepong tadi bersama baking powder dan baking soda supaya sebati. Masukkan tepung kedalam adunan mentega dan telur tadi. Putar hingga sebati.

Sediakan cawan kertas dan masukkan kedalam acuan muffin atau cupcake. Tuang adunan setengah mangkuk kertas sahaja dan sedia untuk dibakar.

Setelah masak, sejukkan dulu baru dihias dengan krim mentega kesukaan sendiri.


Sumber: Nigella Bites (AFC Channel)

Chendol




Bahan-bahan: ( 4-5 orang )

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)


Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat

Kacau selalu supaya tidak hangit. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.

Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....


Sumber: siti mariam@myresipi.com

Wednesday, May 20, 2009

Kerabu Mangga




Bahan-bahan:

Bahan dihiris :
1 kilo mangga muda
6 ulas bawang merah
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
20 biji cili padi
2 batang serai

2 sudu besar sos ikan
sedikit belacan
125 ml santan
garam & gula pasir


Cara Membuatnya:

Satukan mangga dan bahan - bahan yang dihiris.

Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata.


Sumber: Resepi Masakan Kampung

Dapatkan ebook Resepi Masakan Kampung dari http://freebiestore4u.blogspot.com atau laman web asal www.wirasutra.com

Ayam Masak Ketumbar

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dipotong ikut suka
1 camca sedang gula
3 batang serai, dititik
½ cawan air asam jawa
Garam secukupnya
1 cawan minyak
Sedikit air

Bahan-bahan digiling:
2 camca sedang ketumbar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 sm kunyit hidup
1 camca teh jintan putih
6 biji bawang merah
1 sm lengkuas


Cara Menyediakan:

Gaul ayam bersama bahan-bahan giling, gula, air asam jawa dan serai.

Perap dalam masa sejam.

Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan ayam, garam dan tuang sedikit air.

Kacau hingga rata.

Biar hingga ayam empuk dan kering baru diangkat.


Sumber: Internet

Ayam Masak Cendawan

Masakan yang mudah dan enak

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam dibelah 8
cendawan butang
5 sudu sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung

bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia


Cara Menyediakan:

Tumis minyak dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam.

Apabila ayam sudah sebati dgn bahan tumis, masukkan air sehingga menutupi ayam.

Biar sehingga ayam empuk. masukkan cendawan dan sos tiram. Perasakan dengan garam, ajinomoto(jika suka) dan serbuk lada sulah.


Sumber: Internet

Ayam Masak Sos Tiram

Resepi kegemaran anak-anak saya. Saya tak ingat dari blog mana saya dapat resepi ni, pada pengirim asal resepi ni, terima kasih banyak-banyak.


Bahan-bahan:

500 gm ketulan ayam
2 camca besar minyak masak
4 sm keping halia, dihiris nipis
4 kuntum cendawan kering, direndam dan dipotong dua
10 kuntum cendawan butang, dipotong dua
1 batang kecil lobak merah, dipotong serong
2 camca teh tepung jagung dicampur 3 camca teh air
1 batang daun bawang, dipotong 2 sm panjang
1 tangkai cili merah, dihiris
1 ½ cawan air
1 camca besar Sos Berperisa Tiram Maggi
2 camca teh Kicap Cair Maggi
1 camca teh gula
1 camca teh Kicap Pekat Maggi
Lada sulah secukup rasa (yang nie saya skip)


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia 2 minit.

Masukkan ayam dan goreng 5 minit atau hingga hampir masak. Masukkan cendawan kering, bahan-bahan B dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih.

Kacau sekali sekala hingga ayam lembut, 20 minit. Masukkan cendawan butang dan lobak merah, masak 5 minit lagi. Masukkan campuran tepung jagung dan masak hingga kuah pekat.

Angkat ayam dari kuali.


Sumber: Internet

Thursday, May 14, 2009

Kerabu Jantung Pisang




Bahan - bahan

 300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
 1 sudu besar kerisik
 3 biji cili merah - dihiris
 2 sudu kecil air limau nipis
 garam & gula pasir

bahan dikisar :
 3 sudu besra udang kering
 3 ulas bawang merah


Cara membuatnya:

Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.

Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas, bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan
hingga rata.


Adaptasi dari Ebook Resepi Masakan Kampung, terbitan Wirasutra Networks. Anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dari http://freebiestore4u.blogspot.com atau www.wirasutra.com

Tuesday, May 5, 2009

Contoh Gambar Kek Lapis/Kek Rol Untuk Tempahan Hari Raya 2009

Nota: Ada gambar kek lapis dari internet yang saya jadikan contoh saja. Yang lain adalah yang pernah ditempah oleh pelanggan. Maaf tak dapat tunjukkan semua.

Tuesday, April 21, 2009

Sambal Goreng Udang



Bahan-bahan:

1 kg udang galah
300 cili kering
300 gm cili merah
2 biji bawang besar
150 gm asam jawa
1 helai daun kunyit
Belacan
Garam
Serbuk perasa
Gula
Minyak Masak


Cara Menyediakan:

Udang dibersihkan dan tuskan.

Cili merah, cili kering, belacan dikisar halus. Sementara itu bawang besar dihiris bulat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan udang, daun kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Angkat dan hidangkan.

Pajeri Nenas



Bahan-bahan:

1 biji nenas
200 gm rempah kari ikan
100 gm serbuk ketumar
30 gm udang kering
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
3 sudu besar kerisik
1 biji kelapa
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa


Cara Menyediakan:

Nenas dipotong bulat dan dibuang bahagian tengahnya.

Perah santan dan ambil patinya saja. Rempah kari ikan, serbuk ketumbar dicampur udang kering, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus, satukan menjadi paste, kemudian tumis hingga garing.

Setelah ith masukkan nenas, serbuk kunyit, kerisik, garam, gula dan santan. Masak hingga nenas menjadi lembut. Kemudian angkat.

Acar Rampai



Bahan-bahan:

600 gm timun
3 batang lobak merah
15 gm halia muda - dimayang halus
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 biji cili merah - belah empat
5 biji cili hijau - buang biji
(Cuci semua bahan dengan air garam dan tuskan hingga betul-betul kering. Masukkan dalam bekas yang tertutup didalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam bagi merangupkan timun)

Bahan Kisar:
30 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit

Bahan Perasa:
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan cuka
4 sudu besar gula pasir
4 sudu bear gula merah
2 sudu kecil biji sawi
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi. Kacau dan kemudian masukkan rempah kisar dan tumis hingga wangi.

Masukkan gula pasir, gula merah dan garam.

Kacau hingga rata dan masukkan cuka dan biarkan mendidih selama 10-15 minit diatas api yang sederhana.

Masukkan bahan-bahan sayuran dan kacau sehingga semuanya mesra. Angkat.

Acar Limau Nipis



Bahan-bahan:

8 biji jeruk limau nipis
5 biji cili merah - belah dua
2 lbu bawang besar - belah lapan
10 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
2 sudu besar cuka
5 sudu besar gula pasir
4 sudu besar gula merah atau gula melaka
3/4 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil jintan manis
20 tangkai cili kering
2 cm kunyit
2 cm halia


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan taumis daun kari dan bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga rempah wangi kemudian masukkan sedikit air.

Masukkan gula, garam, gula merah dan cuka serta kacau sebentar.

Biarkan 10-15 minit diatas api yang perlahan kemudian masukkan limau, bawang merah, bawang putih can cili merah.

Biarkan selama 15-20 minit, kacau sebentar kemudian bolehlah diangkat.

Friday, April 17, 2009

Udang Masak Kuzi



Bahan-bahan:

500 gm udang
1 sudu besar tomato puri
1 biji kelapa - ambil santan pekat
4 sudu besar kerisik
2 labu bawang besar - didadu

Bahan tumis:

1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia
2 cm lengkuas


Cara Menyediakan:

Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan sebentar.

Tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan tomato puri dan santan, kacau hingga kuah pekat.

Masukkan udang yang telah digoreng tadi, garam dan kerisik. Kacau hingga kuah sebati.

Masukkan bawang besar dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.



Sumber: Majalah Masakan

Ketam Bercili



Bahan-bahan:

3 ekor ketam - potong 2
1 labu bawang besar - potong bulat
5 ulas bawang putih - kisar
5 sudu besar cili kisar


Cara Menyediakan:

Bersihkan ketam dan goreng hingga separuh masak.

Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing. Masukkan garam dan perasa.

Kemudian masukkan ketam dan gaul rata.

Sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Majalah Masakan

Spageti Selera Timur



Bahan-bahan:

1 paket spageti
1 liter sos spageti dalam botol
6 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 helai daun bay
1 labu bawang besar - cincang
4 ulas bawang putih - tumbuk
150 gm mentega
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang - hiris


Cara Menyediakan:

Panaskan mentega, dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga layu.

Kemudian masukkan kesemua jenis sos serta daun bay.

Masukkan daging, gula dan garam.

Biarkan daging masak. Kalau pekat campurkan sedikit air.

Akhir sekali masukkan cendawan butang. Sekejap saja dan siap untuk dihidangkan dengan spageti.

Rebus spageti hingga empuk. Masukkan 1 sudu mentega kedalam rebusan agar ia tidak melekat. Jangan lupa bubuhkan setengag sudu makan garam. Jika sudah empuk, tuskan.


Untuk 6 orang.


Sumber: Majalah Masakan

Sunday, April 5, 2009

Udang Bersos Termidor

Bahan-bahan:

3 ekor udang besar
Garam dan lada hitam (freshly ground) untuk perasa

Bahan Sos Termidor:

30 gm cendawan butang - dicincang
20 gm bawang putih - dicincang
40 gm bawang merah - dicincang

100 ml krim
1 biji telor
100 gm keju parut


Cara Menyediakan:

Potong dan bersihkan udang. Panaskan minyak dan goreng hingga separuh masak.

Kemudian goreng bawang merah, bawang putih dan cendawan dengan minyak zaitun, kemudian masukkan krim.

Campurkan telur dan keju yang diparut dan masukkan kedalam sos tadi. Tuangkan sos keatas udang. Siap untuk dihidangkan.


Sumber: Koleksi Resepi Pilihan Ibu

Rendang Daging

Bahan-bahan:

600 gm daging muda
1/2 liter minyak masak
1 camca kicap pekat
20 gm cili kering

Bahan untuk kisar:
300 gm bawang merah
40 gm bawang putih
15 gm halia muda

40 gm serai - diketuk
0.3 liter santan kelapa
1 camca asam jawa
50 gm kelapa goreng - ditumbuk sedikit
Garam dan gula secukup rasa


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak, goreng daging terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian keluarkan daging. Perapkan daging dengan kicap pekat.

Panaskan minyak, goreng cili kering, kemudian masukkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan serai dan kacau sehingga rata.

Kemudian masukkan daging dan kacau, masukkan santan dan biar sehingga mendidih.

Kecilkan api, masukkan kelapa yang telah digoreng dan ditumbuk sedikit tadi bersama asam jawa dan bahan perasa. Kacau. Masak sehingga kuah jadi pekat.


Sumber: Koleksi Resipi

Friday, April 3, 2009

Kek Seri Sarawak


Bahan-bahan:

10 Biji Telur
500gm Mentega
2 gelas tepung gandum
1 Gelas gula
1 gelas horlicks
300gm peanut butter
5 sudu makan milo
1/2 tin susu pekat
pewarna kuning
pewarna hijau
2 sudu mkn Browning sugar


Cara Menyediakan:

Pukul Mentega + gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.

Masukkan tepung dan pukul hingga rata. Masukkan susu & horlick dan pukul lagi hingga rata.

Bahagi kpd 3 bahagian. 1. Warnakan hijau. 2. Masukkan pewarna Kuning + peanut butter 3. Masukkan browning sugar + milo. Guna acuan ( 8" x 8" x 3" ).

Kukus warna hijau dulu selama 1 jam atau sudah masak. Diikuti dengan warna kuning selama 1 jam 1/2. Kemudian warna coklat selama 2 jam.

Nak Tau kuih tu dah masak ke belum sepenuhnya.. cuba perhatikan kuih tu..kalau bahagian tepinya tak melekat kat loyang maksudnya kuih tu masak.


Sumber: maryam81@myresipi.com

Kek Lumut


Bahan-bahan:

225 gm mentega/butter
100 gm gula halus
5 biji telur saiz A
100 gm horlick
200 ml susu pekat manis
150 gm kaya
250 gm tepung naik sendiri
1 sk esen vanilla
2 sk pewarna hijau (ikut suka)


Cara Menyediakan:

Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.

Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanilla, kacau sebati. Masukkan horlick, susu, kaya satu persatu dikacau sebati.

Masukkan tepung diikuti pewarna hijau. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter dan sedikit tepung. Tutup loyang dengan foil dan seeloknya diikat keliling loyang. Guna loyang 10 x 10in.

Kukus dalam loyang yang telah dididihkan airnya selama 4 jam. Bila kek telah masak, sejukkan dan kalau suka, bakar dalam oven lebih kurang 10 minit (sehingga naik bau-berhati-hati jangan sampai bau hangit pulak) untuk tahan lebih lama.


Sumber: sharm1969@myresipi.com

Kek Lapis Goyang Dangdut


Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat


Cara Menyediakan:

Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang. Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.

Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer). Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.

Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi. Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.

Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan). Guna acuan 8 x 8 x 3.5in.

Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.

* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.


Sumber: rahmanbestari@myresipi.com

Thursday, April 2, 2009

Kerabu Udang


Bahan-bahan:

400 gm udang sederhana besar (potong dua dan celur)
100 gm bawang merah (hiris)
100 gm serai (hiris)
4 tangkai cili merah (hiris)
10 tangkai cili padi (hiris)
200 gm daun bawang (hiris)
200 gm udang kering (cincang halus)
2 labu bawang besar (hiris)
1/2 sudu gula pasir
2 sudu sos ikan
2 sudu sos thai
3 biji telur ayam (pukul)
4 sudu air limau nipis


Cara Menyediakan:

Panaskan kuali, goreng telur menjadi telur dadar.

Masukkan udang ke dalam mangkuk.
Masukan serai, cili merah, cili padi, halia dan daun bawang. Gaulkan sebati.

Masukkan sos ikan, sos thai dan air limau nipis. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan udang kering dan gaul rata.

Letakkan adunan di atas telur dan gulung seperti popia.


Sumber: sajionline.com

Sotong Rangup


Bahan-bahan:

400 gm sotong (potong bulat)
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
250 gm tepung jagung
2 biji telur
250 ml air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa


Cara Menyediakan:

Pecahkan telur kemudian campurkan bersama tepung jagung, serbuk kari, kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air dan bancuh sebati dan pekat.

Apabila ingin menggoreng celupkan sotong ke dalam adunan ini dan goreng satu persatu. Kemudian angkat dan hidangkan bersama sos cili.



Sumber: sajionline.com

Udang Panggang Selasih


Bahan-bahan:

600 gm udang
1 1/2 sudu besar sos tomato
50 ml air

Bahan Bumbu:
5 tangkai cili merah (tumbuk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (sangai)
1/4 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cm halia
Garam dan gula


Cara Menyediakan:

Rendam udang yang telah dibersihkan dalam air limau selama 15 minit. Kemudian tuskan.

Tumis bahan bumbu hingga naik bau dan masukkan sos tomato dan air.

Tumis sehingga ia pecah minyak. Tutup api dan masukkan daun selasih.

Kalau anda mahu ia dibakar cucukkan dengan lidi dan masukkan dalam ketuhar. Bakar gunakan api atas saja.


Sumber: sajionline.com

Kek Lapis Cotton Cake


Bahan-bahan :

(A)
550 gm putih telur
350 gm gula kastor

(B)
15 biji kuning telur
3 biji telur (sebutir)
220 gm susu segar
1 sudu teh esen vanila

(C)
220 gm tepung gandum
180 gm mentega, dicairkan

(D)
1 sudu makan pes coklat (emulco coklat)
1 sudu teh pes mocca


Cara Membuatnya:

Sediakan dua loyang bulat berukuran 9 x9 inci. Griskan dan alas kertas serap minyak.

Satukan bahan A dan putar hingga kental (soft peak).

Panaskan susu segar, jangan sampai mendidih. Masukkan telur dan kuning telur juga esen vanila. Kacau rata dan angkat.

Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sekaligus. Kacau hingga jadi pes.

Satukan no.3 dan 4 dan gaul rata. Masukkan pula adunan putih telur sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang ringan.

Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampurkan pes coklat dan mocca.

Tuangkan dalam loyang dan bakar secara water-bath (steam bake) selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Setelah masak, sejukkan.

Letakkan warna coklat dibawah. Sapu serikaya atau jem. Letakkan lapisan kuning diatasnya. Hidangkan.


Sumber: http://resipimamaleza.blogspot.com

Wednesday, April 1, 2009

Ayam Masak Merah Johor


Bahan-bahan:

Seekor ayam dipotong lapan
Cili kering 100gm (tumbuk)
Bawang merah 100gm (tumbuk)
Bawang putih 50gm (tumbuk)
Halia 50gm (tumbuk)
Minyak masak 1 liter
Tomato paste 100gm
Bunga lawang 4 nos
Kulit kayu manis 1 inci
Serai 1 ikat kecil
Garam 2 sudu teh
Gula putih 2 sudu teh


Cara Menyediakan:

Goreng ayam. Tumiskan bahan yang ditumbuk sampai garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, serai yang ditumbuk, tomato paste garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga rata.


Sumber - resipimamaleza.blogspot.com

Kerabu Telur Asin


Bahan-bahan:

5 biji telur asin – rebus hingga masak
1 biji jus limau nipis
2 labu bawang besar – dihiris
4 tangkai cili padi – dihiris
1 tangkai cili merah – dihiris
1 biji buah tomato – dihiris
Garam secukup rasa



Cara Menyediakan:

Buang kulit telur asin dan belah dua.
Campurkan telur asin bersama semua bahan dan gaul perlahan-lahan



Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Resepi Ikan Bakar


Bahan-bahan:

Ekor ikan kembong — siang dan bersihkan

Cicah:
2 cili merah – hiris nipis
2 cili hijau/ cili api - hiris nipis
3 bawang merah - hiris nipis
Belacan sebesar ibu jari — bakar dan hancurkan
Garam dan gula secukup rasa


Cara Menyediakan:

Bakar ikan atas bara arang sehingga masak kedua-dua belah. Sediakan cicah. Campurkan kesemua bahan cicah dan kacau hingga rata.

Rasa masin dan manis ikut citarasa.


Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Hidangkan bersama nasi atau begitu sahaja.

Selamat mencuba.

Sambal Sotong


Bahan-bahan:

1 kg sotong, dibersihkan dan buang hitamnya
4 sudu makan sos tomato
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
20 tangkai cili kering, direndam
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar. Goreng sehingga ia naik bau.

Masukkan sotong, garam, gula dan serbuk perasa. Masak sotong selama 15 minit, kemudian masukkan sos tomato dan masak lagi selama 10 minit.

Rasakan sambalnya jika ada bahan perasa yang kurang, ditambah. Angkat dan sedia dihidang.

Nota: Jangan letak terlalu banyak garam, rasa dulu kalau kurang boleh tambah.

Sumber: resipidiana.blogspot.com

Tuesday, March 31, 2009

Ayam Masak Kapitan


Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6- 7 biji Cili Merah
Sedikit lengkuas
Sedikit Serbuk Kunyit

Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A:
Ayam - dipotong ikut suka
200 ml santan
50 ml susu cair
4 sudu besar air asam limau nipis
Garam, Gula


Cara Menyediakan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.


Sumber: Babybatriesyia

Monday, March 30, 2009

Daging Goreng Halia


Bahan-bahan:

350 gram daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
1/2 buku halia saiz sederhana
1/4 bwng besar
2 biji bawang putih
2 biji cili hijau (piman) dihiris panjang boleh juga gunakan lada benggala hijau
2 sudu sos tiram
sedikit garam


CaraMenyediakan:

Mula-mula kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman), sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jgn biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. sedia utk dihidangkan.


Untuk 2-3 orang


Sumber: onigiri@myresipi.com

Rendang Daging


Bahan-bahan:

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering

BAHAN MAYANG:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara Menyediakan:

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.

Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Untuk 5-6 Orang


Sumber: melati@myresipi.com

Dodol Pulut


Bahan-bahan:

1 gantang tepung pulut
3 liter air suam
2 liter santan pekat
3 kg gula melaka
3 kg gula pasir

Cara Menyediakan:

Bancuh tepung pulut dengasn air suam. Masukkan ke dlam kuali dan masak atas api sederhana.

Bila mendidih masukkan santan. Kacau lagi hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan gula pasir.

Kacau selalu supaya adunan tidak melekit. Masak hingga benar benar likat. Sejukkan dan bolehlah dipotong.


Sumber: pesonabatik.com

Kuih Bakar


Bahan-bahan:

(A)
12 helai daun pandan
200ml air

(B)
210gm tepung gandum
1/2 tsp Garam

(C)
3 biji telur (Grade B)

(D)
250ml santan pekat

(E)
200ml Air
200gm gula
Pewarna hijau

Cara Menyediakan:

Blend bahan2 A dan ambil jusnya.

Blend bahan A,B,C & D.

Didihkan bahan E, sejukkan dan campurkan bersama bhn2 yg telah di blend.

Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan, ready utk dibakar.


Untuk 10 potong


Sumber: iffa@myresepi.com

Talam Jagung


Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas:
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara Menyediakan:

Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak. Kukuskan selama 30 minit.

Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.

Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.

Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul2 barulah dipotong.


Sumber: Kak Liza http://makan.cari.com.my

Ayam Kurma Malim

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong ikut suka

4 biji kentang dipotong saiz sederhana

2 biji lobak dipotong

3 biji buah tomato

3 batang serai

3 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

2 camca besar lada putih

1 biji buah pala

5 kuntum bunga cengkih

2 cm halia

1/2 camca besar jintan putih

4 biji cili merah

1/4 cawan susu cair

4 camca besar serbuk ketumbar

2 batang kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

1 camca besar jintan manis

sedikit asam limau

3 cawan santan pekat

garam

minyak


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia

Apapbila sudah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili.

Setelah semuanya garing, masukkan santan.

Kacau sehingga mendidih dan masukkan ayam, kentang dan susu cair, asam limau dan garam.

Hidang apabila masak.


Sumber: za_nadia - resepi.iluvislam.com

Resepi Ayam Penyet


Bahan:

Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.


Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Murtabak Telor


Bahan-bahan:

Bahan inti:

350 gram daging kisar
100 gram bawang besar
100 gram bawang putih
100 gram serbuk kari daging
½ cawan minyak masak
5 biji telur ayam – dipukul sedikit
1 sudu kecil garam
Sedikit daun kari

Bahan doh:

1 kg tepung gandum
350 ml air
150 gram marjerin
100 gram minyak masak
2 biji telur ayam
½ sudu kecil garam

Cara penyediaan:

Untuk doh; bancuh telur garam dan air. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sebati. Tutup adunan dengan kain bersih. Perap selama 10 minit supaya tepung naik.

Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Sapukan marjerin. Perap lagi selama 3 jam.

Untuk inti; panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari. Masukkan garam dan daun kari. Kacau hingga sedikit kering. Masukkan telur dan gaul rata.

Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi.

Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak.

Enak disajikan bersama kuah kari atau jeruk bawang merah.


Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Karipap daging rangup


Bahan-bahan

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara Membuat Inti :

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat Doh :

Masukkan tepung dalam mangkuk.

Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.

Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder.

Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana). Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Untuk 50 biji

Sumber: nasuha1523@myresipi.com

Kuih Bom


Bahan-bahan:

• 50-60gm bijan
• Minyak utk mengoreng
• Bahan-bahan doh:
• 200-240gm tepung pulut
• 1 sudu makan tepung gandum
• 1 sudu teh air kapur
• 190-200ml air
• Sedikit garam
• Bahan-bahan inti kelapa:
• 60g gula melaka/gula merah
• 20g gula pasir
• 50ml air
• 1/2 biji kelapa parut


Cara Menyediakan:


Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.

Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh.

Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.

Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
Dan siap untuk dimakan.

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.


Untuk 10 - 11 biji

Sumber: noreen@myresipi.com

Wednesday, March 25, 2009

Laksa Asam

Bahan-bahan:

2 liter air
1 kg ikan kembung
100 gm asam gelugur - dibasuh
100 gm daun kesum
100 gm lengkuas - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - dipotong
3 sudu teh pes udang
2 sudu teh serbuk perasa
1 kg laksa basah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Hiasan:

1 potong nenas - dihiris
1 biji timun - potong nipis memanjang
2 biji lada merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
6 tangkai daun pudina
4 biji telur - rebus, kupas kulit dan belah 2


Cara Menyediakan:

Didihkan air dan rebus ikan kembung hingga masak. Angkat dan buangkan tulang ikan dan ambil isi ikan.

Tapis air rebusan ikan tadi dan masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.

Kacau sebati, kemudian masukkan pula pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya. Biarkan ia mendidih seketika.

Bolehlah dihidangkan panas-panas dengan laksa dan bahan-bahan hiasan tadi.


Sumber: Minguan Wanita

Tuesday, March 24, 2009

Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

300 gm sotong - rebus dan dipotong serong
6 biji cili padi - dihiris
2 batang kacang panjang - dihiris
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Garam, gula dan serbuk perasa
1 biji jus limau nipis
Sedikit hiasan serai, bunga kantan dan daun limau


Cara Menyediakan:

Gaul semua bahan tadi sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Minguan Wanita

Udang Masak Masam Madu

Bahan-bahan:

1 kg udang sederhana besar
15 biji laka kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
Sos tomato
Sos cili
Sedikit garam dan gula


Cara Menyediakan:

Udang digoreng sekejap didalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan.

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan lada kering yang dikisar hingga kekuningan. Setelah itu masukkan soso tomato dan soso cili. Kacau hingga sebati.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau lagi dan biarkan sebati.

Sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Selera

Ayam Kurma

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa - ambil santan
1 paket rempah kurma
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit buah keras - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar


Cara Menyediakan:

Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan rempah kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan ini selama 2 minit.

Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. Setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.

Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotong 4 dan buah keras yang ditumbuk.

Setelah semua bahan dimasukkan, biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Selera

Ikan Bawal Bersos

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan bawal
1 mangkuk kecil santan
1 biji tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik


Cara Menyediakan:

Ikan dibersihkan dan digoreng hingga garing. Letakkan dalam pinggan.

Satukan semua bahan dalam perikuk dan masak hingga kering.

Tuangkan kuah ini atas ikan apabila menghidang.


Sumber: Variasi Sajian Selera

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

10 biji cili padi - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 helai daun kesum - dihiris
2 biji mangga
6 sudu besar jus mangga
1 ulas bawang besar - dicincang
1 sudu kecil perasa ikan bilis


Cara Menyediakan:

Mangga dibuang kulit dan dicincang memanjang.

Gaulkan mangga ini dengan cili merah, jus mangga, garam dan perasa ikan bilis hingga sebati.

Kemudian taburkan daun kesum ketika menghidang.


Sumber: Variasi Sajian Salera

Monday, March 23, 2009

Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (sederhana)
1 inci halia
6 biji cili merah
Sedikit daun ketumbar
10 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit bawang putih ditumbuk
Gula, garam dan serbuk perasa, secukup rasa


Cara Menyediakan:

Bersihkan ikan, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak dan ketepikan.

Kisar halia, tomato, cili padi, daun ketumbar dan cili merah hingga halus.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi. Setelah agak kekuningan masukkan pula bahan0bahan yang telah dikisar tadi.

Masak sebentar sehingga naik aroma, masukkan pula sos tiram, gula, garam, serbuk perasa dan sos cili. Masak sebentar. Setelah itu tuangkan diatas ikan yang digoreng tadi.


Sumber: Sajian Salera

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri
200 gm cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit
50 gm belacan
2 cm halia
50 ml air asam jawa
200 gm kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara Menyediakan:

Kisar cili kering, bawang perah, bawang putih, kunyit dan belacan sehingga halus.

Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan ikan tenggiri.

Masukkan garam dan perasa.

Apabila sudah mendidih, masukkan kacang bendi dan masak hingga lembut.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Salera

Kupang Goreng Bercili

Bahan-bahan:

1/2 kg kupang
8 biji cili merah - dikisar
5 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang putih - dihiris
30 gm halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
3 sudu sedang cili sos

Cara Menyediakan:

Kupang hendaklah dicelur terlebih dahulu.

Tumiskan semua bahan hiris dan yang dikisar serta sos cili.

Masukkan kupang dan garam secukup rasa.


Sumber: Majalah Chef