Koleksi pelbagai jenis resepi dari internet, buku masakan, pelbagai majalah masakan dan resepi keluarga untuk dikongsi bersama
Thursday, May 28, 2009
Ikan Pari Masak Asam Pedas
Bahan-bahan:
1 kg ikan pari
6 batang serai - dititik
1 ikat daun kesum
2 sudu serbuk kunyit/ boleh gunakan kunyit hidup
1 cawan air asam
Serbuk perasa dan garam
Bahan kisar:
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu makan belacan
20 tangkai cili kering
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan timis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air asam jawa secukupnya. Masukkan daun kesum, serai, serbuk kunyit, serbuk perasa dan garam.
Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan pari. (Ikan tidak perlu dimasak terlalu lama).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment