Wednesday, June 3, 2009

Ayam Bakar Berempah



Bahan-bahan:

1.3 kg ayam
1 biji lemon - diambil jus
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar serbuk cayenne
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil oregano
20 ml minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam


Cara Menyediakan:

Asingkan tulang belakang daripada ayam.

Alihkan bahagian dada ayam keatas.

Perahkan jus lemon. Lumurkan bawang putih, serbuk cayenne, paprika, oregano, lada hitam dan minyak pada ayam.

Taburkan garam sebelum membakar ayam berikut pada suhu 190 darjah celcius selama 45 minit.

Kari Ikan



Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung - dibersihkan
1 biji tomato - kisar halus
1 bungkus kecil serbuk kari ikan
250 ml air
150 ml minyak masak
6 biji bendi - potong dua
2 biji cili merah - potong dua memanjang
70 ml susu sejat Ideal
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis Maggi

Bahan A:
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
1 sudu besar halba campur (optional)
2 tangkai daun kari


Cara Menyediakan:

Gaul sebati tomato kisar, serbuk kari dan air; ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis Bahan A hingga kekuningan. Masukkan campuran rempah dan goreng hingga wangi.

Masukkan air dan masak hingga mendidih. Kecilkan api, masukkan ikan, bendi dan cili merah.

Kemudian masukkan susu sejat Ideal dan serbuk ikan Maggi. Masak hingga pecah minyak dan ikan masak.

Ikan Bakar




Bahan-bahan:

1 kg ikan cencaru
150 ml minyak masak
70 ml susu sejat Ideal
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis Maggi
Garam dan gula secukup rasa

Bahan A:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
6 biji cili merah
5 biji cili padi
6 sudu besar pes cili kering


Cara Menyediakan:

Ikan disiang dan dibelah belakangnya. Basuh bersama garam dan asam jawa; basuh dan tuskan.

Kisar Bahan A hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan susu sejat Ideal, air asam jawa, pati ikan bilis Maggi, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal pekat kemudian ketepikan dan sejukkan.

Sumbatkan sambal kedalam belakang ikan. Jangan sumbat terlalu penuh dan letakkan diatas pemanggang beralas daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 170 darjah celcius hingga ikan masak.

Jangan lupa buka pintu ketuhar semasa memanggang.


Hidangan untuk 8 orang.