Friday, April 3, 2009

Kek Lapis Goyang Dangdut


Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat


Cara Menyediakan:

Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang. Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.

Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer). Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.

Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi. Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.

Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan). Guna acuan 8 x 8 x 3.5in.

Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.

* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.


Sumber: rahmanbestari@myresipi.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment