Koleksi pelbagai jenis resepi dari internet, buku masakan, pelbagai majalah masakan dan resepi keluarga untuk dikongsi bersama
Thursday, April 2, 2009
Sotong Rangup
Bahan-bahan:
400 gm sotong (potong bulat)
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
250 gm tepung jagung
2 biji telur
250 ml air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Pecahkan telur kemudian campurkan bersama tepung jagung, serbuk kari, kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air dan bancuh sebati dan pekat.
Apabila ingin menggoreng celupkan sotong ke dalam adunan ini dan goreng satu persatu. Kemudian angkat dan hidangkan bersama sos cili.
Sumber: sajionline.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment