Koleksi pelbagai jenis resepi dari internet, buku masakan, pelbagai majalah masakan dan resepi keluarga untuk dikongsi bersama
Tuesday, April 21, 2009
Acar Rampai
Bahan-bahan:
600 gm timun
3 batang lobak merah
15 gm halia muda - dimayang halus
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 biji cili merah - belah empat
5 biji cili hijau - buang biji
(Cuci semua bahan dengan air garam dan tuskan hingga betul-betul kering. Masukkan dalam bekas yang tertutup didalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam bagi merangupkan timun)
Bahan Kisar:
30 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
Bahan Perasa:
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan cuka
4 sudu besar gula pasir
4 sudu bear gula merah
2 sudu kecil biji sawi
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi. Kacau dan kemudian masukkan rempah kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan gula pasir, gula merah dan garam.
Kacau hingga rata dan masukkan cuka dan biarkan mendidih selama 10-15 minit diatas api yang sederhana.
Masukkan bahan-bahan sayuran dan kacau sehingga semuanya mesra. Angkat.
Labels:
Acar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment