Koleksi pelbagai jenis resepi dari internet, buku masakan, pelbagai majalah masakan dan resepi keluarga untuk dikongsi bersama
Friday, April 17, 2009
Udang Masak Kuzi
Bahan-bahan:
500 gm udang
1 sudu besar tomato puri
1 biji kelapa - ambil santan pekat
4 sudu besar kerisik
2 labu bawang besar - didadu
Bahan tumis:
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia
2 cm lengkuas
Cara Menyediakan:
Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan sebentar.
Tumis semua bahan tumis hingga wangi. Masukkan tomato puri dan santan, kacau hingga kuah pekat.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi, garam dan kerisik. Kacau hingga kuah sebati.
Masukkan bawang besar dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.
Sumber: Majalah Masakan
Labels:
Makanan Laut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment