Monday, March 30, 2009

Talam Jagung


Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas:
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara Menyediakan:

Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak. Kukuskan selama 30 minit.

Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.

Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.

Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul2 barulah dipotong.


Sumber: Kak Liza http://makan.cari.com.my

No comments:

Post a Comment

Post a Comment