Sunday, March 29, 2009

Kuih Bom


Bahan-bahan:

• 50-60gm bijan
• Minyak utk mengoreng
• Bahan-bahan doh:
• 200-240gm tepung pulut
• 1 sudu makan tepung gandum
• 1 sudu teh air kapur
• 190-200ml air
• Sedikit garam
• Bahan-bahan inti kelapa:
• 60g gula melaka/gula merah
• 20g gula pasir
• 50ml air
• 1/2 biji kelapa parut


Cara Menyediakan:


Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.

Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh.

Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.

Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
Dan siap untuk dimakan.

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.


Untuk 10 - 11 biji

Sumber: noreen@myresipi.com

No comments:

Post a Comment