Tuesday, March 31, 2009

Ayam Masak Kapitan


Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6- 7 biji Cili Merah
Sedikit lengkuas
Sedikit Serbuk Kunyit

Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A:
Ayam - dipotong ikut suka
200 ml santan
50 ml susu cair
4 sudu besar air asam limau nipis
Garam, Gula


Cara Menyediakan:

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.


Sumber: Babybatriesyia

Monday, March 30, 2009

Daging Goreng Halia


Bahan-bahan:

350 gram daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
1/2 buku halia saiz sederhana
1/4 bwng besar
2 biji bawang putih
2 biji cili hijau (piman) dihiris panjang boleh juga gunakan lada benggala hijau
2 sudu sos tiram
sedikit garam


CaraMenyediakan:

Mula-mula kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman), sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jgn biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. sedia utk dihidangkan.


Untuk 2-3 orang


Sumber: onigiri@myresipi.com

Rendang Daging


Bahan-bahan:

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering

BAHAN MAYANG:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara Menyediakan:

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.

Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Untuk 5-6 Orang


Sumber: melati@myresipi.com

Dodol Pulut


Bahan-bahan:

1 gantang tepung pulut
3 liter air suam
2 liter santan pekat
3 kg gula melaka
3 kg gula pasir

Cara Menyediakan:

Bancuh tepung pulut dengasn air suam. Masukkan ke dlam kuali dan masak atas api sederhana.

Bila mendidih masukkan santan. Kacau lagi hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan gula pasir.

Kacau selalu supaya adunan tidak melekit. Masak hingga benar benar likat. Sejukkan dan bolehlah dipotong.


Sumber: pesonabatik.com

Kuih Bakar


Bahan-bahan:

(A)
12 helai daun pandan
200ml air

(B)
210gm tepung gandum
1/2 tsp Garam

(C)
3 biji telur (Grade B)

(D)
250ml santan pekat

(E)
200ml Air
200gm gula
Pewarna hijau

Cara Menyediakan:

Blend bahan2 A dan ambil jusnya.

Blend bahan A,B,C & D.

Didihkan bahan E, sejukkan dan campurkan bersama bhn2 yg telah di blend.

Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan, ready utk dibakar.


Untuk 10 potong


Sumber: iffa@myresepi.com

Talam Jagung


Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas:
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara Menyediakan:

Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak. Kukuskan selama 30 minit.

Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.

Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.

Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul2 barulah dipotong.


Sumber: Kak Liza http://makan.cari.com.my

Ayam Kurma Malim

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong ikut suka

4 biji kentang dipotong saiz sederhana

2 biji lobak dipotong

3 biji buah tomato

3 batang serai

3 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

2 camca besar lada putih

1 biji buah pala

5 kuntum bunga cengkih

2 cm halia

1/2 camca besar jintan putih

4 biji cili merah

1/4 cawan susu cair

4 camca besar serbuk ketumbar

2 batang kulit kayu manis

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

1 camca besar jintan manis

sedikit asam limau

3 cawan santan pekat

garam

minyak


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia

Apapbila sudah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili.

Setelah semuanya garing, masukkan santan.

Kacau sehingga mendidih dan masukkan ayam, kentang dan susu cair, asam limau dan garam.

Hidang apabila masak.


Sumber: za_nadia - resepi.iluvislam.com

Resepi Ayam Penyet


Bahan:

Untuk Ayam
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.


Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Murtabak Telor


Bahan-bahan:

Bahan inti:

350 gram daging kisar
100 gram bawang besar
100 gram bawang putih
100 gram serbuk kari daging
½ cawan minyak masak
5 biji telur ayam – dipukul sedikit
1 sudu kecil garam
Sedikit daun kari

Bahan doh:

1 kg tepung gandum
350 ml air
150 gram marjerin
100 gram minyak masak
2 biji telur ayam
½ sudu kecil garam

Cara penyediaan:

Untuk doh; bancuh telur garam dan air. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sebati. Tutup adunan dengan kain bersih. Perap selama 10 minit supaya tepung naik.

Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Sapukan marjerin. Perap lagi selama 3 jam.

Untuk inti; panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang besar, daging cincang dan serbuk kari. Masukkan garam dan daun kari. Kacau hingga sedikit kering. Masukkan telur dan gaul rata.

Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Tuangkan inti di tengah dan lipat bentuk empat segi.

Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng murtabak sebahagian demi sebahagian sehingga masak.

Enak disajikan bersama kuah kari atau jeruk bawang merah.


Sumber: WanNo - resepi4u.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Karipap daging rangup


Bahan-bahan

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara Membuat Inti :

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat Doh :

Masukkan tepung dalam mangkuk.

Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.

Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder.

Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana). Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Untuk 50 biji

Sumber: nasuha1523@myresipi.com

Kuih Bom


Bahan-bahan:

• 50-60gm bijan
• Minyak utk mengoreng
• Bahan-bahan doh:
• 200-240gm tepung pulut
• 1 sudu makan tepung gandum
• 1 sudu teh air kapur
• 190-200ml air
• Sedikit garam
• Bahan-bahan inti kelapa:
• 60g gula melaka/gula merah
• 20g gula pasir
• 50ml air
• 1/2 biji kelapa parut


Cara Menyediakan:


Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering.

Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh.

Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.

Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
Dan siap untuk dimakan.

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.


Untuk 10 - 11 biji

Sumber: noreen@myresipi.com

Wednesday, March 25, 2009

Laksa Asam

Bahan-bahan:

2 liter air
1 kg ikan kembung
100 gm asam gelugur - dibasuh
100 gm daun kesum
100 gm lengkuas - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - dipotong
3 sudu teh pes udang
2 sudu teh serbuk perasa
1 kg laksa basah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Hiasan:

1 potong nenas - dihiris
1 biji timun - potong nipis memanjang
2 biji lada merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
6 tangkai daun pudina
4 biji telur - rebus, kupas kulit dan belah 2


Cara Menyediakan:

Didihkan air dan rebus ikan kembung hingga masak. Angkat dan buangkan tulang ikan dan ambil isi ikan.

Tapis air rebusan ikan tadi dan masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.

Kacau sebati, kemudian masukkan pula pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya. Biarkan ia mendidih seketika.

Bolehlah dihidangkan panas-panas dengan laksa dan bahan-bahan hiasan tadi.


Sumber: Minguan Wanita

Tuesday, March 24, 2009

Kerabu Sotong

Bahan-bahan:

300 gm sotong - rebus dan dipotong serong
6 biji cili padi - dihiris
2 batang kacang panjang - dihiris
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Garam, gula dan serbuk perasa
1 biji jus limau nipis
Sedikit hiasan serai, bunga kantan dan daun limau


Cara Menyediakan:

Gaul semua bahan tadi sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Minguan Wanita

Udang Masak Masam Madu

Bahan-bahan:

1 kg udang sederhana besar
15 biji laka kering - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
Sos tomato
Sos cili
Sedikit garam dan gula


Cara Menyediakan:

Udang digoreng sekejap didalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan.

Tumiskan bawang putih, bawang besar dan lada kering yang dikisar hingga kekuningan. Setelah itu masukkan soso tomato dan soso cili. Kacau hingga sebati.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau lagi dan biarkan sebati.

Sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Selera

Ayam Kurma

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa - ambil santan
1 paket rempah kurma
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit buah keras - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
1 1/2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar


Cara Menyediakan:

Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan rempah kurma, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Gorengkan bahan-bahan ini selama 2 minit.

Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit. Setelah air ayam hampir kering, masukkan santan, sedikit garam dan air asam jawa tadi dan kacau hingga mendidih.

Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotong 4 dan buah keras yang ditumbuk.

Setelah semua bahan dimasukkan, biarkan hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Selera

Ikan Bawal Bersos

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan bawal
1 mangkuk kecil santan
1 biji tomato
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik


Cara Menyediakan:

Ikan dibersihkan dan digoreng hingga garing. Letakkan dalam pinggan.

Satukan semua bahan dalam perikuk dan masak hingga kering.

Tuangkan kuah ini atas ikan apabila menghidang.


Sumber: Variasi Sajian Selera

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

10 biji cili padi - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
2 helai daun kesum - dihiris
2 biji mangga
6 sudu besar jus mangga
1 ulas bawang besar - dicincang
1 sudu kecil perasa ikan bilis


Cara Menyediakan:

Mangga dibuang kulit dan dicincang memanjang.

Gaulkan mangga ini dengan cili merah, jus mangga, garam dan perasa ikan bilis hingga sebati.

Kemudian taburkan daun kesum ketika menghidang.


Sumber: Variasi Sajian Salera

Monday, March 23, 2009

Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (sederhana)
1 inci halia
6 biji cili merah
Sedikit daun ketumbar
10 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
Sedikit bawang putih ditumbuk
Gula, garam dan serbuk perasa, secukup rasa


Cara Menyediakan:

Bersihkan ikan, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak dan ketepikan.

Kisar halia, tomato, cili padi, daun ketumbar dan cili merah hingga halus.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi. Setelah agak kekuningan masukkan pula bahan0bahan yang telah dikisar tadi.

Masak sebentar sehingga naik aroma, masukkan pula sos tiram, gula, garam, serbuk perasa dan sos cili. Masak sebentar. Setelah itu tuangkan diatas ikan yang digoreng tadi.


Sumber: Sajian Salera

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

1 kg ikan tenggiri
200 gm cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit
50 gm belacan
2 cm halia
50 ml air asam jawa
200 gm kacang bendi
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara Menyediakan:

Kisar cili kering, bawang perah, bawang putih, kunyit dan belacan sehingga halus.

Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa dan ikan tenggiri.

Masukkan garam dan perasa.

Apabila sudah mendidih, masukkan kacang bendi dan masak hingga lembut.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: Sajian Salera

Kupang Goreng Bercili

Bahan-bahan:

1/2 kg kupang
8 biji cili merah - dikisar
5 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang putih - dihiris
30 gm halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
3 sudu sedang cili sos

Cara Menyediakan:

Kupang hendaklah dicelur terlebih dahulu.

Tumiskan semua bahan hiris dan yang dikisar serta sos cili.

Masukkan kupang dan garam secukup rasa.


Sumber: Majalah Chef