Bahan-bahan:
500 gm kentang - potong-potong dan goreng
75 gm isi ketam
2 tangkai daun kucai - potong 2 cm
1 sudu makan marjerin
2 biji telur - pukul ringan sebagai pencelup
Minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar:
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1'/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
Cara Menyediakan:
Lecek kentang hingga lumat. Masukkan isi ketam, kucai, marjerin dan bahan kisar.
Bentukkan bulan leper. Celup ke dalam telur.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak.
Anggaran 20 ketul
Sumber: Majalah Sedap
No comments:
Post a Comment