Saturday, January 15, 2011

Ayam Merah Berlengkuas

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong 12
1.5 liter santan

Bahan Kisar:
50 gm lada kering
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
30 gm kunyit hidup
30 gm lengkuas
30 gm halia

5 batang serai - diketuk
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara Menyediakan:

Panaskan sedikit minyak.  Tumis seketika kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.

Tuang santan, ayam, serai, sos tomato, sos cili, kiub pati ayam dan garam.

Masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.


Sumber:  Kompilasi Masakan Ayam

Friday, January 14, 2011

Tomyam Kaki Ayam

Bahan-bahan:

300 gm kaki ayam - potong kecil
1 batang lobak merah - hiris kecil
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
2 sm halia - diketuk
3 batang serai - diketuk
6 batang daun limau purut
10 tangkai cili padi - diketuk
2 mangkuk air rebusan ayam stok ayam
2 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan perasa secukupnya

Cara Menyediakan:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang dan halia hingga naik bau.

Masukkan air rebusan ayam, diikuti dengan kaki ayam, serai, cili dan daun limau purut.

Apabila mendidih masukkan lobak merah.  Tambahkan perahan jus limau nipis, garam serta perasa secukupnya.

Setelah masak, dan hidangkan panas-panas.


Sumber :  Buku Masakan Jom Masak

Ayam Panggang

Bahan-bahan:

500 gm ayam - potong besar
6 biji bawang merah- kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 sm halia - kisar
2 batang serai - kisar
2 sm kunyit hidup - kisar
1 sudu besar ketumbar - kisar
1 sudu besar mayonis
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya

Cara Menyediakan:

Bersihkan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar serta mayonis, garam, gula dan perasa secukupnya.  Perapkan seketika.

Kemudian bakar hingga masak.

Enak dihdangkan bersama sambal kicap atau air asam.

Untuk air asam yang mudah, tumbuk kasar 3 tangkai cili merah bersama seulas bawang merah dan 1 sudu kecil belacan.  Kemudian tambahkan sedikitair asam jawa dan perahan limau nipis juga sedikit garam.  Tambahkan dengan hirisan bawang, tomato dan cili.  Gaul kesemuanya sebelum dihidangkan.


Sumber:  Buku Masakan Jom Masak

Thursday, December 30, 2010

Kari Ayam Nangka Muda

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 kg nangka muda - potong kecil
400 ml santan
6 ulas bawang merah  -  kisar
3 ulas bawang putih  -  kisar
3 sm halia
4 sudu besar serbok kari
4 sudu besar minyak masak
2 batang serai  - diketuk
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

Nangka direbus sehingga empuk.  Tos dan ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air.  Tumis lagi hingga garing. Jika suka pedas, boleh ditambah dengan serbok cili.

Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.  Tambah sedikit air dan biarkan ayam empuk.

Masukkan nangka rebus, serai dan santan.  Biarkan mendidih, bubuh garam dan serbok perasa secukup rasa.  Hidangkan setelah ia terbit minyak.

Note:  Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.


Sumber:  Kompilasi Masakan Ayam

Wednesday, December 29, 2010

Ayam Pedas Santan

Bahan-bahan:

1 kg ayam - potong 8
50 ml minyak
5 cawan santan
2 batang serai - diketuk
2 helai daun salam
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
10 biji buah keras
10 biji cili padi
7 biji cili merah
10 sm kunyit
5 sm lengkuas
5 sm cekur
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara Membuat:

Panaskan minyak.  Tumiskan bahan kisar dan serai hingga naik minyak.

Masukkan ayam dan daun salam.  Kacau hingga airnya kering.  Masukkan santan dan garam.  Kacau hingga mendidih.

Perlahankan api, biarkan ayam empuk dan kuahnya pekat.

Sedia untuk dihidangkan.  (Kurangkan lada hitam jika tidak mahu terlalu pedas).


Sumber: Kompilasi Masakan Ayam

Wednesday, December 22, 2010

Kek Kukus Asli

Bahan-bahan:


600 gm tepong gandum
300 gm gula aising
600 gm buah-buahan campuran
16 oz mentega
320 gm gula pasir - digoreng
5 biji telor Grade A
2 camca teh esen oren
2 camca teh cream of tartar
2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 biji buah pala diparut

Cara Menyediakan:

Tepong gandum digoreng tanpa minyak di dalamkualihingga ringan lebih kurang 5-10 minute.  Sejukkan semalaman.

Tepong gandum, cream of tartar dan soda bikarbonat di ayak.  Masukkan buah pala dan buah-buahan campuran dan gaul rata.  Ketepikan dahulu.

Mentega dan gula aising dipukul hingga putih dan kembang, kemudian masukkan telor sebiji hingga habis sambil di pukul rata.

Hentikan mesin lalu masukkan campuran tepungdan gaul sebati dengan menggunakan senduk kayu, masukkan juga esen oren.

Gula pasir digoreng hingga perang.  Semasa masih panas tuangkan kedalam adunan kek tadi.  Kacau hingga rata.

Tuangkan kedalam acuan berukuan 11 x 11 x 3 in atau 11 x 3in bulat yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.

Tutup acuan dengan foil, lalu kukus selama 4 jam.  Biarkan sejuk satu hari, baru sedap di makan.


Sumber:

Biskut dan Kek Singapura - Puan Aini Salim

Tuesday, June 22, 2010

Kek Kukus Kuning Buah-Buahan

Bahan-bahan:

400 gm tepung gandum
400 gm gula halus
400 gm mentega
8 biji kuning telor
5 biji putih telor
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 kotak buah-buahan campuran

Cara Menyediakan:

Putar mentega dengan gula hingga kembang.  Kemudian masukkan telor satu persatu dan kacau hingga rata.

Setelah itu masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder.

Akhir sekali masukkan buah-buahan campuran serta esen vanilla, kacau hingga rata.  Kukus selama 2 jam.


Sumber:  Kek Aneka Pilihan

Saturday, June 12, 2010

Asam Pengat Daging

Bahan-bahan:

500 gm daging
2 helai daun limau purut
3 cawan air
2 sudu bawang goreng
2 sudu minyak untuk menggoreng
sedikit garam

Bahan Kisar:

8 ulas bawang kecil
8 ulas bawang merah
20 biji cili merah
5 bijji tomato
2 cm lengkuas

Cara Menyediakan:

Daging dibersihkan, kemudian rebus bersama bahan yang dikisar tadi.

Setelah pekat masukkan garam dan daun limau purut.  Kacau hingga sebati dan hingga daging masak.

Sewaktu menghidang tuangkan minyak dan bawang goreng.


Sumber:  Koleksi Resepi Famili