Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah
2 biji tomato
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun sup dan daun bawang
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sm halia
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
Kemudian masukkan kepala ikan, serbuk lada putih, garam, bunga cenkih dan bunga lawang.
Apabila mendidih, masukkan tomato, daun sup dan daun bawang.
Siap untuk dihidangkan.