Thursday, May 28, 2009

Ikan Pari Masak Asam Pedas




Bahan-bahan:

1 kg ikan pari
6 batang serai - dititik
1 ikat daun kesum
2 sudu serbuk kunyit/ boleh gunakan kunyit hidup
1 cawan air asam
Serbuk perasa dan garam

Bahan kisar:
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu makan belacan
20 tangkai cili kering


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan timis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan air asam jawa secukupnya. Masukkan daun kesum, serai, serbuk kunyit, serbuk perasa dan garam.

Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ikan pari. (Ikan tidak perlu dimasak terlalu lama).

Chocolate Chips Cup Cake




Bahan-bahan:

250 gm mentega
200 gm gula
250 gm tepong beserbuk penaik
5 biji telur
50 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan chocolate paste
Chocolate chips

Cara Menyediakan:

Putar mentega dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang-seli dengan tepung dan susu segar hingga rata dan sebati.

Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla kacau sebentar dan akhir sekali masukkan chocolate paste. Kacau rata.

Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas, setengah saja, dan tabur dengan chocolate chips.

Bakar dengan ketuhar 180 darjah celcius.

Tuesday, May 26, 2009

Kek Cawan





Bahan-bahan:

250 gm mentega
1 cawan gula
250 gm tepong gandum
4 biji telor
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate of soda
2 sudu kecil esen vanilla
4 sudu meja (tbsp) susu segar


Cara Menyediakan:

Putar mentega dengan gula hingga berkrim dan kembang.(creamy and fluffy).

Masukkan telor sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan 2 sudu kecil esen vanilla, putar sebentar dan masukkan susu segar.

Ayak tepong tadi bersama baking powder dan baking soda supaya sebati. Masukkan tepung kedalam adunan mentega dan telur tadi. Putar hingga sebati.

Sediakan cawan kertas dan masukkan kedalam acuan muffin atau cupcake. Tuang adunan setengah mangkuk kertas sahaja dan sedia untuk dibakar.

Setelah masak, sejukkan dulu baru dihias dengan krim mentega kesukaan sendiri.


Sumber: Nigella Bites (AFC Channel)

Chendol




Bahan-bahan: ( 4-5 orang )

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)


Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat

Kacau selalu supaya tidak hangit. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.

Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....


Sumber: siti mariam@myresipi.com

Wednesday, May 20, 2009

Kerabu Mangga




Bahan-bahan:

Bahan dihiris :
1 kilo mangga muda
6 ulas bawang merah
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
20 biji cili padi
2 batang serai

2 sudu besar sos ikan
sedikit belacan
125 ml santan
garam & gula pasir


Cara Membuatnya:

Satukan mangga dan bahan - bahan yang dihiris.

Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata.


Sumber: Resepi Masakan Kampung

Dapatkan ebook Resepi Masakan Kampung dari http://freebiestore4u.blogspot.com atau laman web asal www.wirasutra.com

Ayam Masak Ketumbar

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dipotong ikut suka
1 camca sedang gula
3 batang serai, dititik
½ cawan air asam jawa
Garam secukupnya
1 cawan minyak
Sedikit air

Bahan-bahan digiling:
2 camca sedang ketumbar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 sm kunyit hidup
1 camca teh jintan putih
6 biji bawang merah
1 sm lengkuas


Cara Menyediakan:

Gaul ayam bersama bahan-bahan giling, gula, air asam jawa dan serai.

Perap dalam masa sejam.

Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan ayam, garam dan tuang sedikit air.

Kacau hingga rata.

Biar hingga ayam empuk dan kering baru diangkat.


Sumber: Internet

Ayam Masak Cendawan

Masakan yang mudah dan enak

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam dibelah 8
cendawan butang
5 sudu sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung

bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia


Cara Menyediakan:

Tumis minyak dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam.

Apabila ayam sudah sebati dgn bahan tumis, masukkan air sehingga menutupi ayam.

Biar sehingga ayam empuk. masukkan cendawan dan sos tiram. Perasakan dengan garam, ajinomoto(jika suka) dan serbuk lada sulah.


Sumber: Internet

Ayam Masak Sos Tiram

Resepi kegemaran anak-anak saya. Saya tak ingat dari blog mana saya dapat resepi ni, pada pengirim asal resepi ni, terima kasih banyak-banyak.


Bahan-bahan:

500 gm ketulan ayam
2 camca besar minyak masak
4 sm keping halia, dihiris nipis
4 kuntum cendawan kering, direndam dan dipotong dua
10 kuntum cendawan butang, dipotong dua
1 batang kecil lobak merah, dipotong serong
2 camca teh tepung jagung dicampur 3 camca teh air
1 batang daun bawang, dipotong 2 sm panjang
1 tangkai cili merah, dihiris
1 ½ cawan air
1 camca besar Sos Berperisa Tiram Maggi
2 camca teh Kicap Cair Maggi
1 camca teh gula
1 camca teh Kicap Pekat Maggi
Lada sulah secukup rasa (yang nie saya skip)


Cara Menyediakan:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia 2 minit.

Masukkan ayam dan goreng 5 minit atau hingga hampir masak. Masukkan cendawan kering, bahan-bahan B dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih.

Kacau sekali sekala hingga ayam lembut, 20 minit. Masukkan cendawan butang dan lobak merah, masak 5 minit lagi. Masukkan campuran tepung jagung dan masak hingga kuah pekat.

Angkat ayam dari kuali.


Sumber: Internet

Thursday, May 14, 2009

Kerabu Jantung Pisang




Bahan - bahan

 300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
 1 sudu besar kerisik
 3 biji cili merah - dihiris
 2 sudu kecil air limau nipis
 garam & gula pasir

bahan dikisar :
 3 sudu besra udang kering
 3 ulas bawang merah


Cara membuatnya:

Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.

Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas, bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan
hingga rata.


Adaptasi dari Ebook Resepi Masakan Kampung, terbitan Wirasutra Networks. Anda boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dari http://freebiestore4u.blogspot.com atau www.wirasutra.com

Tuesday, May 5, 2009

Contoh Gambar Kek Lapis/Kek Rol Untuk Tempahan Hari Raya 2009

Nota: Ada gambar kek lapis dari internet yang saya jadikan contoh saja. Yang lain adalah yang pernah ditempah oleh pelanggan. Maaf tak dapat tunjukkan semua.